
Power Up Hidupmu dengan MediAfya+
Jom sertai acara kecergasan kami bulan November ini!
Bosan dengan rutin hujung minggu yang sama? Jom sertai acara separuh hari yang menggabungkan keseronokan, kecergasan dan pengetahuan. Selain menikmati program menarik dan cabutan rezeki untuk peluang memenangi kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai RM100, datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlindungan perubatan terbaru yang menyeluruh!

PowerUp dengan MediAfya+!
Tarikh: 2 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi - 1:00 petang
Tempat: Laman Indera Kayangan, Marina Putrajaya
🔥 Bersedia untuk beraktif dengan penuh semangat
Terokai bakat terpendam anda melalui sesi tinju yang mengujakan selama 1 jam! Tidak kira anda pakar atau baru ingin mencuba, program ini sesuai untuk semua.
Jom sertai senaman bertenaga tinggi, nikmati muzik yang memberi motivasi dan suasana menyeronokkan untuk kekal bersemangat.
Nazrudin Rahman
Pengacara majlis yang berkarisma ini akan memeriahkan suasana sepanjang acara dan anda berpeluang bertemu dan bertegur sapa dengannya. Selain itu, Naz juga akan memperkenalkan pelan perlindungan perubatan terkini kami, MediAfya+, yang menarik.
Dina Sallehudin
Temui rakan mesra kami, Dina!
Dina akan berkongsi kisah perjalanannya dalam mengekalkan gaya hidup sihat dan memberi inspirasi kepada anda untuk kekal cergas dan sihat.
Sid Murshid
Sid akan membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang sesi tinju. Dapatkan teknik-teknik asas tinju dan rahsia untuk kekal cergas daripadanya!
💡 Khidmat rundingan percuma
Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan rundingan percuma daripada Perancang Kewangan profesional kami! Ketahui bagaimana MediAfya+ boleh membantu anda menghadapi segala cabaran hidup dengan tenang.Tunggu apa lagi? Datanglah beramai-ramai ke Marina Putrajaya! Acara ini bukan sekadar tentang kecergasan, tapi juga perancangan masa depan yang bijak. Jumpa anda di sana!
Perlindungan Menyeluruh Untuk Ketenangan Fikiran
Kenali pelan perubatan baharu kami, MediAfya+, yang menawarkan pelan dan Deduktibel yang disesuaikan mengikut bajet anda, menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti lebih mudah diakses.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.