Kempen 'Birthday Reward' - Terma & Syarat
1. Kempen ‘Birthday Reward’ (“Kempen”) adalah dianjurkan oleh Zurich Takaful Malaysia Berhad (“ZTMB”). Tempoh kempen adalah dari 1 April 2025 hingga 31 Disember 2025, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).
2. Pelanggan yang memenuhi syarat-syarat berikut (“Pelanggan Yang Layak”) akan layak untuk menerima Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50:
- mestilah pemegang sijil sedia ada dengan sekurang-kurangnya satu sijil berkuatkuasa; dan
- hari kelahiran pemegang sijil jatuh dalam Tempoh Kempen dan mendaftar untuk sebarang sijil ZTMB baharu semasa bulan kelahiran pemegang sijil dengan Setara Caruman Tahunan minimum (“ACE”) sebanyak RM1200*; dan
- Hanya 10% daripada caruman terkumpul untuk Max Saver dan pelan caruman tunggal akan diambil kira untuk pengiraan ACE, jika berkenaan
Contoh:
Caruman Tunggal | RM10,000 |
ACE | 10% x RM10,000 = RM1,000 |
- permohonan mesti diluluskan oleh ZTMB dalam bulan berikutnya daripada bulan kelahiran; dan Contoh permohonan dan kelulusan sijil:
Hari lahir Pelanggan Yang Layak ialah pada bulan April.
Pelanggan Yang Layak mesti mendaftar untuk sijil baharu antara 1 hingga 30 April 2025 dan diluluskan selewat-lewatnya sebelum 31 Mei 2025. - sijil baharu mesti berkuatkuasa dengan caruman terkini dibuat semasa Kredit eWallet diberikan; dan
- mesti memberikan alamat e-mel yang tepat dalam borang permohonan supaya pin tambah nilai Kredit eWallet dapat dihantar melalui e-mel kepada Pelanggan Yang Layak.
3. ZTMB tidak akan bertanggungjawab jika Pelanggan Yang Layak tidak menerima pin tambah nilai Kredit eWallet disebabkan oleh alamat e-emel yang diberikan tidak tepat.
4. Setiap Pelanggan Yang Layak hanya layak mendapat satu (1) pin tambah nilai Kredit eWallet walaupun mendaftar lebih daripada satu sijil baharu.
5. Selepas pengesahan berjaya oleh ZTMB, pin tambah nilai Kredit eWallet akan dihantar kepada Pelanggan Layak melalui emel selewat-lewatnya pada: -
Tarikh Permohonan | Ganjaran Pada |
1 April 2025 – 30 Jun 2025 | 30 September 2025 |
1 Julai 2025 – 30 September 2025 | 31 Disember 2025 |
1 Ocktober 2025 – 31 Disember 2025 | 31 Mac 2026 |
6. Pin tambah nilai Kredit eWallet tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
7. ZTMB berhak untuk menggantikan pin tambah nilai Kredit eWallet dengan ganjaran lain yang sama nilainya mengikut budi bicara mutlak tanpa sebarang notis awal.
8. ZTMB berhak untuk meminda terma dan syarat, membatalkan, menamatkan, atau menggantung Kempen ini tanpa sebarang notis awal.
9. Keputusan ZTMB mengenai mana-mana dan/atau semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad.
10. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Yang Layak bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan di sini.
11. Terma dan syarat Kempen ini hendaklah ditafsir, dikawal dan ditadbir mengikut undang-undang Malaysia.
12. ZTMB dan syarikat gabungannya, anak syarikat, pekerja, wakil, dan pengedarnya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami secara langsung atau tidak langsung oleh Pelanggan Yang Layak akibat penyertaan mereka dalam Kempen ini atau dengan mana-mana pin tambah nilai Kredit eWallet yang ditawarkan.