Jurang Perlindungan Pendapatan

Jurang Perlindungan Pendapatan

Perlindungan pendapatan – keupayaan untuk menjamin keselamatan kewangan tatkala menghadapi krisis seperti penyakit jangka panjang, kecacatan mahupun kematian - memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan insan tersayang. Namun, jurang perlindungan pendapatan masih wujud dikalangan keluarga yang kebanyakannye tidak mempunyai pampasan kewangan sekiranya berlaku pengurangan atau kehilangan dalam pendapatan isi rumah disebabkan oleh kejadian yang tidak dijangka. Ini merupakan satu cabaran global yang kian meningkat.

Apabila jangka hayat semakin panjang, kita berdepan prospek untuk menjana dan melindungi pendapatan kita sebaik mungkin hingga mencapai usia 80-an dan 90-an. Pasa masa yang sama, kita juga tersepit di antara menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak dan menjaga ibu bapa kita. Walaupun simpanan peribadi serta dana-dana kerajaan (seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan skim perlindungan sosial (seperti PERKESO dan EIS) dapat membantu meringankan beban disaat kita menghadapi kesulitan, persoalannya adakah ia cukup untuk menampung dan membantu orang yang tersayang dalam tempoh jangka panjang?

Tahukah Anda

Lebih daripada 60% rakyat Malaysia hanya mempunyai simpanan untuk membiayai kehidupan mereka selama kurang daripada 6 bulan sekiranya kehilangan sumber pendapatan.

Sumber: Penyelidikan Kuantitatif Jurang Perlindungan Pendapatan Mac 2016, Epiphany RBC.

90% rakyat Malaysia yang mempunyai insurans hayat tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi, dengan perlindungan hanya sebanyak satu atau dua kali ganda jumlah pendapatan tahunan mereka.

Sumber: Jawatankuasa Promosi Industri, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), 2015.

Hanya 10.8% isi rumah bandar di Malaysia mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung 'kejutan bebanan kewangan' yang berlaku akibat kehilangan pekerjaan, krisis ekonomi, kecacatan fizikal, kematian, dan sebagainya.

Sumber: The Star, 2016.

50% isi rumah bandar di Malaysia tidak mempunyai sebarang simpanan kewangan.

Sumber: Laporan Isi Rumah Negeri II, Institut Penyelidikan Khazanah.

Anda bekerja keras untuk menjamin kesejahteraan dan masa depan keluarga anda, namun malang tidak berbau. Sudahkah anda membuat persiapan secukupnya?

Melindungi Segala Yang Penting Buat Anda

Di Zurich, kami menawarkan pelbagai penyelesaian untuk melindungi anda dan orang yang tersayang. Sama ada untuk anak-anak anda, pasangan anda, mahupun ibu bapa anda, kami sentiasa melindungi.

Takafulink

Perlindungan dari ketidaktentuan kehidupan.


Takaful Term 80 Family Protection Plan

Lindungi masa depan anda dan orang tersayang dengan caruman berpatutan.


Takaful SeniorGold

Memastikan anda menjalani tempoh persaraan tanpa kebimbangan.