Kempen #BlessedMonthsOfProtections

BlessedMonthsOfProtections BM

Risalah ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran sahaja. Sebelum anda mendaftar untuk pelan-pelan ini, sila rujuk kepada brosur produk, lembaran pendedahan produk dan dokumen-dokumen sijil untuk maklumat lanjut. Sila baca ciri-ciri penting pelan-pelan ini untuk memastikan ia memenuhi keperluan anda.

 

TERMA DAN SYARAT:

  1. Tempoh kempen ini adalah dari 19 April 2021 hingga 14 Mei 2021 (termasuk kedua-dua tarikh).
  2. Untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan mesti memenuhi semua kriteria di bawah:
    i. Pelanggan mesti mendaftar untuk Personal Accident Takaful, Personal Sentinel Version 3 Plus Takaful, Z-Travel Takaful (International) atau Z-HomeProtect Takaful dengan caruman tahunan sekurang-kurangnya RM200 semasa tempoh kempen;
    ii. Pelanggan baharu atau sedia ada Agensi Zurich General Takaful atau Saluran Langsung Segmen Zurich General; dan
    iii. Pelanggan mesti mendaftar dan log masuk ke portal pelanggan MyZurichLife sebelum mendaftar untuk produk-produk yang ditawarkan dalam kempen ini.
  3. 200 pelanggan pertama yang memenuhi semua kriteria di atas adalah layak untuk mendapat e-baucar Shopee bernilai 10% daripada Caruman Kasar (CK), dibundarkan ke bawah ke gandaan RM10 yang terdekat, dan dihadkan kepada RM50. Sebagai contoh, jika CK adalah RM250, e-baucar sebanyak RM20 akan diberikan. Jika CK adalah RM600, e-baucar sebanyak RM50 sahaja akan diberikan disebabkan had e-baucar yang telah ditetapkan.
  4. Sijil harus berkuat kuasa semasa e-baucar Shopee diberikan.
  5. Selepas disahkan oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad (“ZGTMB”), pelanggan yang layak akan dihubungi melalui SMS atau emel dalam masa empat (4) minggu selepas tarikh akhir kempen. e-Baucar Shopee dengan kod baucar akan disertakan dalam notifikasi ini.
  6. Setiap pelanggan yang layak akan diberikan satu (1) e-baucar Shopee sahaja.
  7. ZGTMB berhak untuk menukar e-baucar Shopee tersebut dengan hadiah lain yang bersamaan nilai, mengikut budi bicaranya yang mutlak tanpa sebarang notis awal.
  8. Keputusan ZGTMB terhadap mana-mana dan/atau semua perkara berkenaan dengan kempen ini adalah termaktub dan muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.