Kempen #AMonthOfKindness

AMonthOfKindness BM

Risalah ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran sahaja. Sebelum anda mendaftar untuk pelan ini, sila rujuk kepada brosur produk, lembaran pendedahan produk dan dokumen-dokumen sijil untuk maklumat lanjut. Sila baca ciri-ciri penting pelan untuk memastikan ia memenuhi keperluan anda.

 

TERMA DAN SYARAT:

  1. Tempoh kempen ini adalah dari 13 April 2021 hingga 14 Mei 2021 (termasuk kedua-dua tarikh).
  2. Tertakluk kepada terma dan syarat kempen ini. 200 pelanggan pertama yang mendaftar untuk Takaful Family Hero / Takaful ProEssential / Takaful ProInvest dengan Jumlah Caruman Tahunan sekurang-kurangnya RM2,000 dan mendapatkan kelulusan selewat-lewatnya 30 Jun 2021 akan layak untuk satu (1) e-baucar Shopee bernilai sehingga RM250, seperti berikut:
    Jumlah Caruman Tahunan
    e-Baucar Shopee
    RM2,000 - RM3,599 RM100
    RM3,600 & Ke atas RM250
  3. Pelanggan harus memilih perkhidmatan e-sijil dan tidak boleh meminta salinan fizikal sijil untuk layak menyertai kempen ini.
  4. Pelanggan harus mendaftar dan log masuk ke portal pelanggan MyZurichLife sebelum atau pada 14 Julai 2021 untuk layak menyertai kempen ini.
  5. Sijil harus berkuat kuasa semasa e-baucar Shopee diberikan.
  6. Hanya 10% daripada caruman yang dibuat di bawah tambah nilai secara berkala atau tidak berkala akan diambil kira, mengikut mana-mana yang berkenaan.
  7. Pelanggan yang memenuhi terma No. 1 hingga No. 6 (selepas ini akan dirujuk sebagai ‘Pelanggan Yang Layak’) dan selepas disahkan oleh ZTMB, Pelanggan Yang Layak akan dihubungi melalui SMS sebelum atau pada 31 Julai 2021.
  8. e-Baucar Shopee dengan kod baucar akan dihantar melalui emel kepada Pelanggan Yang Layak sebelum atau pada 31 Ogos 2021.
  9. Setiap Orang Yang Dilindungi akan layak untuk satu (1) e-baucar Shopee sahaja.
  10. ZTMB berhak untuk menukar e-baucar Shopee tersebut dengan hadiah lain yang bersamaan nilai, mengikut budi bicaranya yang mutlak tanpa sebarang notis awal.
  11. Keputusan ZTMB terhadap mana-mana dan/atau semua perkara berkenaan dengan kempen ini adalah termaktub dan muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.