Terma dan Syarat bagi Pengguna inisiatif ‘MyZurichLife Bazaar’ (“Inisiatif”)
Inisiatif ini mengubungkan pelanggan (“Pengguna”) dengan perniagaan mikro (“Penjual”) melalui platform Sama-Sama Raya di https://myzurichlife.com.my/Home/RamadanIndex (“Platform”). Berikut adalah terma dan syarat yang mentadbir pengguna Inisiatif di Platform ini. Dengan menghubungi Penjual-penjual melalui Platform ini, anda bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat berikut (secara kelompoknya “Terma dan Syarat”).
1.0. Terma Umum Kegunaan untuk Pengguna
Konsumer dan pelanggan Penjual di platform MyZurichLife Bazaar [https://myzurichlife.com.my/Home/RamadanIndex] dengan ini disebut sebagai (“Pengguna”).
1.2 Zurich tidak memberi sebarang waranti atau perwakilan, jelas atau secara tidak langsung tentang kebolehdagangan, kualiti atau kesesuaian atau kebolehan berkenaan Produk dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pengguna disebabkan oleh Produk.
1.3 Sebarang pertikaian atau pertanyaan berkenaan Penjual atau Produk hendaklah disalurkan terus kepada mereka.
1.4. Zurich tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau kos yang dibelanjakan atau dialami oleh Pengguna yang menggunakan Inisiatif ini. Zurich tidak bertanggungjawab terhadap barangan tiruan yang dijual oleh Penjual.
1.5 Pengguna boleh meneliti senarai Penjual dan Produk yang dijual didalam Platform. Sekiranya anda ingin membuat sebarang pesanan, anda hendaklah berhubung dengna Penjual secara terus dengan menghubungi mereka di nombor telefon atau maklumat hubungan yang diberikan oleh mereka.
1.6 Produk yang dibeli boleh diambil sendiri atau dihantar kepada anda melalui cara penghantaran yang ditentukan oleh Penjual dan anda. Zurich tidak bertanggungjawab terhadap sebarang aturan pembayaran diantara Pengguna dan Penjual.
1.7 Dengan memesan Produk dengan Penjual, anda telah sedia maklum dan bersetuju bahawa nombor hubungan dan alamat penghantaran akan dikongsi dengan Penjual untuk tujuan Penjual menghubungi anda bagi maklumat pesanan atau penyelesaian caj penghantaran tambahan, jika ada. Penjual juga boleh menghubungi anda untuk mendapatkan penjelasan tentang pesanan atau alamat penghantaran bagi memastikan pesanan anda dilengkapkan sepenuhnya.
1.8 Pesanan anda boleh dibatalkan atau tidak diproses oleh Penjual disebabkan oleh jumlah pesanan yang banyak atau tertangguh.
2.0. Urusan Diantara Pengguna dan Penjual
2.1. Zurich tidak memiliki, menjual atau menjual semula sebarang Produk dan tidak mengawal Penjual atau sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Sebarang Produk yang dipesan adalah tertakluk kepada ketersediaan produk dan lokasi penghantaran oleh Penjual.
2.2. Sebarang pesanan Produk boleh dibuat terus dengan Penjual. Penjual akan menguruskan semua pesanan yang dibuat dengan mereka sebagai sah. Jika anda ingin membatalkan pesanan, anda perlu berhubung dengan Penjual secara terus.
2.3. Untuk sebarang pertanyaan, maklum balas atau aduan (contohnya pesanan makanan yang salah, pesanan yang hilang) berkenaan Penjual, anda boleh berhubung terus dengan Penjual.
3.0 Zurich berhak untuk mengubah, memadam atau menambah sebarang terma dan syarat tanpa perlu membuat sebarang notis.
4.0. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau maklum balas tentang MyZurichLife Bazaar, sila hubungi Zurich di digitalpr@zurich.com.my.
5.0. Dengan menghubungi Penjual di Platform ini, Pengguna mengesahkan bahawa mereka telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.
Nota:
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Terma dan Syarat didalam Bahasa Inggeris akan digunapakai.