Terma dan Syarat bagi inisiatif ‘MyZurichLife Bazaar’ (“Inisiatif”)

Inisiatif ini mengubungkan pelanggan (“Pengguna”) dengan perniagaan mikro (“Penjual”) melalui platform Sama-Sama Raya di https://myzurichlife.com.my/Home/RamadanIndex (“Platform”). TBerikut adalah terma dan syarat yang mentadbir penyertaan oleh perniagaan mikro dan kecil yang berminat untuk menghebahkan perniagaan mereka, dimana mereka boleh menyerahkan maklumat mereka kepada Zurich Malaysia (“Zurich”), dimana jika terpilih, Zurich akan mempromosikan perniagaan mereka di Platform yang dinyatakan. Dengan mendaftar untuk Inisiatif ini, anda bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat berikut (secara kelompoknya “Terma dan Syarat”).

1.0. Pendaftaran Penjual
1.1 Inisiatif ini membuka pendaftaran oleh perniagaan mikro dan kecil yang ditubuhkan dan beroperasi di Malaysia (“Penjual”) oleh pemilik perniagaan warganegara Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun, untuk tujuan bazar maya sempena Hari Raya Aidilfitri.

1.2 Perniagaan mikro mesti menjual atau menyediakan produk berkaitan persiapan Hari Raya (“Produk”), termasuk penjual makanan, suri rumah yang menjalankan perniagaan daripada rumah, penjual pakaian dan sebagainya. Anda mestilah sedia maklum bahawa Produk mestilah Halal/Mesra Muslim dan bukan produk tiruan. Zurich berhak untuk menurunkan perniagaan anda daripada penyenaraian di Platform pada bila-bila masa sekiranya kami mendapati serahan anda tidak memenuhi kriteria kami, tanpa perlu memaklumkan Penjual.

1.3 Penjual perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan didalam Borang Pendaftaran Penjual Inisiatif [https://www.zurich.com.my/en/services/campaign/myzurichlife-bazaar-vendor-registration_bm] dan penyataan berkaitan:

  1. Brief background about the micro business including the name, registration number, type of business and address;
  2. Maklumat ringkas tentang perniagaan mikro termasuk nama, nombor pendaftaran, jenis perniagaan dan alamat;
  3. Maklumat hubungan Penjual yakni e-mel / nombor telefon;
  4. Saluran media sosial perniagaan mikro Penjual;
  5. Maklumat tambahan untuk mengesahkan bahawa perniagaan mikro mereka adalah mesra Muslim; dan
  6. Bagaimana Pengguna boleh menghubungi mereka untuk membeli Produk mereka.

1.4. Setiap pendaftaran yang dipilih oleh Zurich, akan mendapat peluang bagi perniagaan mikro mereka untuk diterbitkan melalui platform MyZurichLife Bazaar di [https://myzurichlife.com.my/Home/RamadanIndex] (“Platform”), saluran media sosial, e-mel, SMS dan/atau mana-mana portal Zurich yang bersesuaian, mengikut budi bicara Zurich. Status pendaftaran sama ada diterima atau ditolak akan dimaklumkan melalui e-mel.

1.5 Pendaftaran Penjual akan berakhir pada hari Jumaat, 30 April 2021 jam 11.59 malam. Inisiatif ini akan dipromosikan di Platform dan saluran media sosial Zurich Malaysia daripada tarikh kempen bermula hingga hari Jumaat, 21 Mei 2021 (“Tempoh”). Zurich berhak untuk mengubah, melanjutkan, menunda atau membuat penjadualan semula Tempoh atau sebarang tarikh mengikut budi bicaranya. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada Penjual melalui e-mel.

2.0. Kriteria Pemilihan Penjual

2.1. Penjual mestilah beroperasi di Malaysia.

2.2. Penjual mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai dokumen pengenalan rakyat Malaysia.

2.3. Maklumat yang diberikan mestilah didalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

2.4 Barangan yang dijual mestilah Halal/Mesra Muslim disebabkan keperluan sambutan Hari Raya. Jabatan Syariah Zurich Malaysia akan membuat keputusan akhir tentang pemilihan penjual.

2.5. Penjualan insurans/takaful adalah tidak dibenarkan.

2.6. Penjual mestilah memberikan maklumat hubungan mereka dimana pelanggan boleh menghubungi mereka.

2.7. Penjual mungkin dihubungi oleh Zurich Malaysia untuk membuat pengesahan maklumat perniagaan mikro mereka. Kegagalan untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan dan/atau menjawab cubaan pertama (1) kali Zurich Malaysia untuk menghubungi mereka yang boleh menyebabkan pendaftaran mereka ditolak.

2.8. Kakitangan dan ejen Zurich Malaysia tidak dibenarkan untuk menyertai Inisiatif ini sebagai Penjual. Bagaimanapun ahli keluarga terdekat mereka dibenarkan untuk mendaftar.

3.0. Kriteria Penolakan Permohonan Penjual
Zurich berhak untuk menolak permohonan penjual serta merta atau menurunkan mereka daripada penyenaraian di Platform tanpa perlu memberikan notis, pada bila-bila masa sekiranya Penjual didapati memenuhi satu atau mana-mana kriteria berikut:

3.1. Tidak memberikan maklumat penuh perniagaan seperti yang diperlukan didalam Borang Pendaftaran Penjual [https://zurich.com.my/myzurichlifebazaar].

3.2. Tidak memberikan sebarang maklumat hubungan (contohnya Laman Sesawang, Saluran Media Sosial, nombor telefon atau e-mel).

3.3. Produk makanan tidak Halal atau produk mesra bukan Muslim.

3.4. Produk yang tidak terdapat di Malaysia.

3.5. Laman perniagaan Penjual mengandungi penjualan insurans/takaful.

3.6. Penjual merupakan kakitangan atau ejen Zurich.

4.0. Terma Umum Kegunaan untuk Penjual
4.1.Untuk mengelakkan kesangsian, selepas ini boleh mengenakan sebarang komitmen terhadap Zurich untuk mempromosikan perniagaan mikro, dan Zurich boleh mengikut budi bicaranya menyingkir atau menolak sebarang permohonan tanpa sebarang sebab atau alasan. Jika berlakunya risiko penjejasan reputasi semasa tempoh kempen, Zurich boleh menurunkan Penjual daripada penyenaraian di Platform pada bila-bila masa. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Zurich berkaitan Inisiatif ini adalah muktamad dan Zurich tidak akan melayan sebarang rayuan atau pertanyaan oleh Penjual berhubung keputusannya.

4.2. Zurich mempunyai hak untuk menukar, mengedit atau mengubah maklumat yang diserahkan oleh Penjual untuk menyesuaikannya untuk tujuan penerbitan di Platform. Format dan kandungan bagaimana Penjual disenaraikan akan ditentukan oleh Zurich berdasarkan budi bicaranya tanpa rujukan kepada Penjual.

4.3. Semua konsep, imej, audio, hantaran media sosial dan/atau sebarang produk atau bahan didalam sebarang bentuk dan format yang direka, direkodkan, dan dihasilkan oleh Zurich berkaitan Inisiatif (secara kelompoknya, “Karya”) adalah dimiliki sepenuhnya dan ekslusif kepada Zurich, dan Zurich adalah pemilik hak milik intelektual Karya tersebut. Penjual dan/atau perniagaan mikro atau kecil yang disenaraikan tidak mempunyai sebarang hak terhadap Karya dan tidak boleh menggunakan Karya tersebut untuk sebarang tujuan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Zurich. Dengan membuat permohonan, Penjual membenarkan Zurich dan sekutunya lesen tidak ekslusif dan tanpa royalty untuk menggunakan tanda dagang dan nama jenama perniagaan mikro mereka untuk dihasilkan dan disebarkan di platform-platform Zurich.

4.4. Dengan membuat permohonan, Penjual bersetuju untuk menugasi dan membenarkan Zurich dan sekutu atau rakan niaganya, hak sub-lesen dan lessen seluruh dunia, berterusan, tanpa royalti, tidak ekslusif, untuk menggunakan, menghasilkan, mengedit, mengubah, mengadaptasi, menerbit, mengalih bahasa, menghasilkan karya berkaitan daripada, mengedar, melaksana, memain, menyediakan untuk orang awam, dan melaksanakan semua hak cipta dan hak publisiti berkaitan maklumat/gambar/video/cerita yang diserahkan dan mengetepikan manfaat sebarang hak moral yang terkandung didalam maklumat/gambar/video/cerita. Zurich dan sekutu atau rakan niaganya, memiliki hak tunggal (tetapi bukan kewajipan) untuk mengguna, memuat naik atau menerbitkan maklumat/gambar/video/cerita dan/atau memasukkannya ke dalam karya lain di dalam sebarang media dan platform mengikut budi bicaranya untuk sebarang tujuan termasuk iklan promosi dan tujuan pemasaran tanya sebarang bayaran royalti dan seumpamanya kepada Penjual dan/atau perniagaan mikro yang terpilih.

4.5. Penjual juga bersetuju bahawa Zurich dan sekutu atau rakan niaganya mempunyai hak untuk menggunakan nama, nama dan maklumat perniagaan mikro, gambar, dan pautan media sosial berhubung dengan usaha komersil dalam talian, pengiklanan, publisiti, pembarangan, dan penerbitan.

4.6. Zurich tidak mengendors atau meluluskan perniagaan mikro terpilih ataupun mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesempurnaan dan/atau maklumat yang terdapat didalam Platform. Zurich dan sekutu atau rakan niaganya dengan jelas menafikan sebarang dan kesemua liability berhubung Inisiatif ini termasuk kebergantungan terhadap maklumat didalam Platform dan/atau penggunaan maklumat tanpa kebenaran berkaitan Inisiatif ini dan kesemua interaksi oleh Penjual dan/atau perniagaan mikro yang tersenarai dengan mana-mana pihak ketiga berhubung Inisiatif ini. Penjual bersetuju bahawa Zurich dan sekutu atau rakan niaganya tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara berkaitan penyertaan mereka didalam Inisiatif ini termasuk maklumat yang diserahkan oleh mereka, penggunaan maklumat yang diberikan dan interaksi Penjual dengan mana-mana pihak ketiga berkaitan Inisiatif ini.

4.7. Dengan membuat pendaftaran, Penjual mengesahkan bahawa mereka telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.

Nota:
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Terma dan Syarat didalam Bahasa Inggeris akan digunapakai.